18 pekebun durian musang king haram kini direman polis

0

RAUB – Mahkamah Majistret pada Isnin mmbenrarkan 18 pekebun durian musang king direman dua hari sehingga Selasa.

Kesemua mereka ditahan pada Ahad selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal HSK Batu Talam, Raub.

Tahanan terbabit dibawa menaiki trak Polis tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 11 pagi dan suasana agak kecoh dengan provokasi yang dilemparkan oleh beberapa individu terhadap pihak berkuasa.

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui ditahan tetapi dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 12 tengah malam.

Hadir sama memberikan sokongan kepada pekebun-pekebun terbabit ialah Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew.

Sebelum ini tular sebuah video yang menyaksikan beberapa peebun menengking pegawai penguatkuasa yang menjalankan operasi memusnahkan tanaman di Hutan Simpan Kerajaan Negeri Pahang tersebut.

Leave A Reply

Your email address will not be published.