Dividen KWSP 2020 – 5.45 peratus bagi Simpanan Konvensional, 5.0 peratus Simpanan Shariah

0

KWSP mengumumkan dividen 5.45 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.0 peratus bagi Simpanan Shariah untuk tahun kewangan 2019. KWSP dalam kenyataannya berkata, pembayaran dividen bagi Simpanan Konvensional adalah RM41.68 bilion, manakala bagi Simpanan Shariah 2019 adalah RM4.14 bilion.

KWSP pada tahun lalu mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43 bilion dan 5.9 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion.

Angka itu menurun sedikit berbanding kadar pada 2017 yang mana untuk konvensional ialah 6.9 peratus, manakala syariah sebanyak 6.4 peratus.

Kira-kira 55 peratus pendapatan KWSP adalah daripada pelaburan dalam ekuiti yang menyumbang RM29.28 bilion atau 57.6 peratus daripada keseluruhan pendapatannya pada 2018.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias, berkata prestasi kukuh bagi 2019 disumbangkan oleh operasi dan kewangan, sekali gus membolehkannya memberikan 2.95 peratus melebihi kadar dimandatkan mengikut Akta KWSP 1991, yang memerlukan pengisytiharan dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5 peratus setiap tahun.

Dengan dividen yang telahpun diumumkan oleh KWSP ini, situasi Covid-19 menyumbang besar kepada penurunannya sejak tahun lepas lagi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.