Makna B40, M40 dan T20 2021

0

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan penanda aras baru bagi pengelasan status ekonomi di Malaysia. Seperti yang kita sedia tahu pengelasan ini mempunyai 3 pengelasan iaitu B40, M40 dan T20.

Bagi mereka yang masih ragu atau tidak tahu apakah maksud dan berapakah purata gaji untuk golongan-golongan ini? Jom semak di bawah.

B40 (Bottom 40)

B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dimana jumlah kasar gaji yang diterima untuk setiap keluarga adalah kurang daripada RM4850

B40 merujuk kepada 40% dari keseluruhan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah .

M40 (Middle 40)

Jika B40 sebelumnya merujuk kepada jumlah kasar gaji yang diterima untuk setiap keluarga yang kurang dari RM4850, M40 pula adalah mereka yang menerima gaji lebih dari RM4850 sehingga  RM10,959 sebulan.

M40 juga merujuk kepada 40% dari keseluruhan rakyat Malaysia yang perpendapatan sederhana atau di pertengahan kelas.

T20 (Top 20)

T20 adalah mereka yang perpendapatan tinggi iaitu menerima gaji kasar untuk setiap keluarga lebih dari RM10,960.

T20 merujuk kepada 20%  dari keseluruhan rakyat Malaysia adalah terdiri dari mereka yang perpendapatan tinggi.

Untuk lebih jelas lagi sila rujuk gambar dibawah. Kongsikan artikel ini jika bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.