Maksud Inpatient dan Outpatient Dalam Insurans Kesihatan

0

Seakan menjadi satu kewajiban untuk kita mempunyai medikal kad atau insurans kesihatan di zaman yang mencabar kini. Kos rawatan hospital yang semakin meningkat antara punca utama kenapa syarikat-syarikat insurans atau takaful di Malaysia semakin bertambah dan semakin kreatif dalam memasarkan produk masing-masing dengan pelbagai kelebihan yang ada pada setiap produk tersebut.

Bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta sudah tentu mempunyai medical card adalah sesuatu yang nampak sangat penting pada zaman ini bukan? Sebenarnya di Malaysia sendiri sudah hampir kesemua syarikat swasta mewajibkan pekerja mereka untuk memiliki polisi insurans kesihatan sendiri dan ianya dibiaya oleh majikan itu sendiri.

Jadi hari ini team MediaKlik ingin berkongsi dua istilah yang mesti anda faham jika anda baru sahaja memiliki kad medikal dari company anda dan anda nak tahu bagaimana kad tersebut berfungsi. Terlebih dahulu kami kongsikan dua istilah yang mesti difahami terlebih dahulu sebelum nak guna medical card dari company anda tu dulu ok ?

Inpatient

Untuk mudah faham, istilah ini merujuk kepada seseorang yang memerlukan rawatan di hospital yang memungkinkan atau memang perlu di warded di dalam wad untuk beberapa hari.

Biasa nya kalau dah ada medical card ni, lebih berbaloi jika anda pergi ke hospital private. Ye lah kan dah alang-alang ada insurans cover. Tapi make sure dalam poket kena ada duit sikit sebulan dua gaji anda untuk deposit dulu. Selepas deposit guna duit sendiri, dan dah confirm korang akan masuk wad disini akan bermula satu proses awal untuk claim medical insurance tadi dimana anda sendiri atau pihak hospital perlulah hubungi pihak insurance yang cover kita tadi untuk dapatkan Guarantee Letter atau GL.

Dalam proses ini anda kena rileks dulu dan masuk lah ward macam biasa. Setelah GL di approve, anda akan dihubungi pihak insurance atau pihak hospital sendiri akan bagitahu anda yang GL anda sudah pun di approve. Anda teruskan tenang di dalam wad dan terima rawatan macam biasa.

Setelah anda sembuh dan katakan anda warded selama tiga hari dengan kadar satu bilik di wad berkenaan RM300 sehari (contoh). Pihak hospital akan keluarkan satu discharge note pula dan akan menghubungi pihak insurance tadi untuk memaklumkan tentang kadar rawatan yang akan dikenakan. Setelah pihak insurance membayar bagi pihak anda, maka barulah pihak hospital akan memberitahu anda untuk datang ke kaunter billing ambil semua ubat dan dokumen sebelum anda pulang ke rumah.

Setiap medical insurance mempunyai policy yang tersendiri. Ada kos yang dibiayai dan ada kos yang anda sendiri kena bayar. Sebagai contoh tadi anda warded selama dua hari di satu bilik single-bed dengan kadar RM300 sehari dan menjalani screening Covid-19 dengan kos RM150.

Untuk kos bilik dan screening Covid-19 adalah diluar policy insurance. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM750 perlu anda bayar menggunakan duit sendiri.

Ada pula sesetengah policy insurance akan biaya 50% dari kos bilik. Jika satu hari kos untuk satu bilik adalah RM300 dan anda warded selama dua hari dan menjalani screening Covid-19 dengan kos RM150, bermakna pihak insurance akan biaya RM300 untuk anda dan selebihnya RM450 lagi perlu dibayar oleh anda sendiri.

Ok masih ingat dengan wang deposit masa mula-mula anda warded? Nilai RM750 ini akan ditolak dengan jumlah wang deposit yang anda sudah bayar pada permulaan anda nak warded lagi. Jika nilai deposit rendah dari nilai RM750 maknanya anda kena topup sedikit lah. Jika nilai deposit anda lebih besar dari Rm750 tadi bermakna pihak hospital akan pulangkan baki dengan cash kepada anda. Jika policy insurance anda cover kesemua dari A-Z, bermakna anda hanya perlu goyang kaki saja lah.

Outpatient

Bagi istilah Outpatient pula, ianya merujuk kepada seseorang yang tidak perlu warded di hospital. Tapi cukup menerima konsultansi dan ujian klinikal di makmal klinik pakar atau klinik biasa. Tunjuk saja kad medikal anda kepada nurse atau kerani kaunter.

Outpatient Klinik Pakar

Untuk situasi menjalani ujian klinikal di makmal klinik pakar pula, klinik pakar panel akan meminta anda untuk bayar cash terlebih dahulu sebelum anda boleh submit claim dengan pihak insurance anda. Untuk tujuan itu anda perlu minta official receipt dan tax invoice dari mereka sebelum submit claim. Claime tersebut akan di kreditkan ke dalam akaun bank anda bergantung pada policy insurance tersebut.

Kami dari Media Klik berharap sedikit info ini mampu menjelaskan secara ringkas dan mudah untuk anda yang baru nak menggunakan medical card dari company tempat anda kerja atau medical card yang anda sendiri carum/bayar setia bulan.

Namun seeloknya sebelum masuk ward di hospital atau klinik pakar, anda dinasihatkan untuk call nombor service center pihak medical insurance anda untuk mendapatkan maklumat lebih tepat dan pantas kerana setiap syarikat insurance adalah tidak sama dan mempunyai policy insurance yang berbeza.

Suka artikel ini? Jom kita kongsikan agar lebih ramai yang tahu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.