Pengecualian Bayaran Proses UPUONLINE Bagi Sesi Akademik 2021/2022

0

Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memaklumkan bahawa akan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline atau UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad sebentar tadi mengumumkan keputusan tersebut yang disampaikan melalui kenytaan media rasmi KPT dan ia diharap dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.

Sebelum ini, permohonan UPUOnline dikenakan bayaran bagi mendapatkan No. Unik ID Bank Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my seperti butiran berikut:

Leave A Reply

Your email address will not be published.