Penjual dan Pembeli Asam Boi Boleh Disaman

0

Sewaktu pandemik yang masih belum redha ini pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh rakyat bagi mendapakan wang untuk meneruskan kehidupan. Anda pasti pernah terserempak dengan kelibat seseorang yang menjual jeruk mangga asam boi di persimpangan trafik light kan ? Cara seperti ini biasanya kita lihat di negara seperti India dan Indonesia tapi kini pada pertengahan tahun 2019 lagi trend cari duit sebegini mulai masuk ke dalam negara kita.

Respon dari pelbagai latarbelakang rakyat Malaysia juga berbeza dengan trend perniagaan seperti ini. Ada yang menyokong dan tidak sedikit pula yang melarang dan tidak setuju kerana ianya amat merbahaya bukan kepada peniaga bahkan kepada pembeli juga.

Setelah diteliti, rupanya trend seperti ini adalah salah disisi undang-undang jalan raya di Malaysia. Tapi mesti pelik kenapa masih ramai yang berniaga seperti ini kan ? Jawapan nya adalah tiada laporan dibuat dan mungkin juga sewaktu pandemik ini, ramai antara kita mempunyai hati nurani yang bersih dan saling memahami keadaan ekonimi semasa yang agak merisaukan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Melaka, Superitendan Hasan Basri Yahya berkata, setakat ini belum ada mana-mana pihak yang tampil membuat laporan mengenai penjual jeruk mangga yang dikhuatiri membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

“Bagaimanapun, saya mengingatkan bahawa menjadi kesalahan jika berlaku sebarang aktiviti jual beli makanan yang mengganggu lalu lintas hingga membahayakan pengguna jalan raya, si pelakunya boleh dikenakan saman.”

“Bukan sahaja kepada penjual malah kepada pembeli yang boleh dikenakan saman mengikut Kaedah 10A LN 166/59. “

Leave A Reply

Your email address will not be published.