Pintu Kaabah Dibuka Untuk Perdana Menteri Dan Rombongan Ketika Mengerjakan Ibadah Umrah

0

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dilaporkan selamat diba di Jeddah, Arab Saudi petang semalam bagi memulakan lawatan rasmi enam hari ke negara Asia Barat.

Beliau dan isterinya akan menunaikan umrah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu sebelm memulakan program rasmi di sana. Menariknya, pihak Kerajaan Arab Saudi membuka pintu kaabah untuk PM Muhyiddin Yassin dan isteri serta rombongan umrah dari Malaysia.

Seusai urusan di Arab Saudi , Muhyiddin dan isteri seterusnya akan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan YM Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, YM Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Rakaman Perdana Menteri memasuki Kaabah juga turut dikongsikan oleh laman Twitter Haramain Sharifain awal pagi tadi.

 

Bertuahnya PM Muhyiddin dan isteri kan ? Siap dibuka pintu kaabah untuk beliau dan rombongan!

Leave A Reply

Your email address will not be published.