Tak Sempurna Mencintaimu – Slot Akasia TV3

0

Slot Akasia terbaru di TV3 akan menayangkan sebuah drama bersiri terbaru bagi menggantikan drama Rahimah Tanpa Rahim yang sudahpun berakhir beberapa minggu lepas. Drama berjudul Tak Sempurna Mencintaimu ini akan bersiaran pada jam 7:00 malam sehingga 8:00 malam setiap Isnin sehingga Jumaat bermula 29 Mac 2021

Drama Tak Sempurna Mencintaimu ini dibintangi oleh pelakon utama Redza Rosli sebagai Mustaqim, Intan Najuwa sebagai Siratul dan Fendy Bakry sebagai Epul

Drama ini diadaptasi dari sebuah Novel yang ditulis oleh Rehan Makhtar.

Sinopsis Tak Sempurna Mencintaimu

Kisah cinta bermula daripada sebuah trajedi tak diundang apabila Siratul telah melanggar motor kesayangan Mustaqim yang menyebabkan dia marah dan dengan lantang menghina gadis itu. Walaupun dalam keadaan sangat marah, Mutaqim mengikut Sidratul bagi urusan ganti rugi terhadap kerosakan motor yang dialaminya dan menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat.

Sejak pertemuan tersebut mereka saling mengenali antara lain. Mustaqim berasa tenang mengenali Sidratul setalah 10 tahun hatinya terluka akibat pengkhianatan yang dilakukan oleh bekas kekasihnya, Melisa.

Konflik antara Mustaqim dan Melisa bermula apabila Melisa menikahi ayah Mustaqim dan Mustaqim difitnah sehingga dia dia halau oleh ayahnya dari rumah dan tidak pulang lagi selama 10 tahun.

Munculnya Sidratul, hati Mustaqim yang membeku bak salju kini perlahan-lahan mencair. Benih cinta antara mereka pun mulai berputik.

Saat mimpi indah mulai melangkah, kehadiran kembali Melisa membuatkan mimpi mereka menjadi goyah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.