Yayasan Sarawak Bantu Bayar Hutang PTPTN Pelajar Sarawak

0

Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Yayasan Sarawak hari ini menyerahlan RM30 juta kepada perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai dana permulaan bayaran balik pinjaman bekas pelajar anak Sarawak yang layak.

Ketua Menteri Sarawak, Datu Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerjasama antara dua pihak tersebut diharapkan dapat menyelesaikan tunggakan pinjaman PTPTN pelajar anak Sarawak sekaligus mampu meringankan beban hutang.

Beliau berkata “kerjasama kedua-dua pihak ini adalah mengenai isu pembayaran balik hutang anak-anak Sarawak yang telah berjaya dalam pengajian mereka tetapi menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.

Saya telah mencari ikhtiar bagaimana untuk kita membantu meringankan dari sudut pembayaran hutang dan saya telah membuat keputusan melantik Yayasan Sarawak bekerjasama dengan PTPTN dalam perkara ini.”

katanya pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak yang diwakili Pengarahnya, Azmi Bujang dan PTPTN yang diwakili Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Dibawah pelan tersebut hanya pelajar yang layak sahaja akan dibantu iaitu pelajar yang telahpun membayar sekurangnya 30% daripada keseluruhan pinjaman PTPTN dan Yayasan Sarawak akan membayar baki 30% daripada jumlah pinjaman tersebut.

Namun bagi pelajar yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda kelas pertama, pinjaman mereka akan ditukarkan menjadi biasiswa. Ahmad Dasuki dalam ucapannya berkata insiatif kerajaan negeri Sarawak ini satu-satunya usaha proaktif yang dilakukan oleh kerajaan negeri di Malaysia dan tindakan sebegini memperuntukan satu jumlah wang yang besar.

“Sewajarnya inisiatif kerajaan Negeri Sarawak ini dipuji dan menjadi ikutan serta contoh kepada Kerajaan Negeri lain dalam membantu rakyatnya membayar baki hutang pinjaman PTPTN.

“Usaha ini juga dilihat amat sesuai di kala pendapatan dan kewangan rakyat terjejas akibat penulaan pandemik Covid-29 yang sedang melanda negara,” katanya.

Bagi negeri Sarawak sehingga 31 Disember 2020 pinjaman PTPTN telah disalurkan  seramai 195,350 peminjam yang melibatkan RM4.7 billion

Leave A Reply

Your email address will not be published.