Akibat Langgar SOP, Swarovski Dedah Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Neelofa

1

Tidak lama setelah kemenangan berpihak kepada netizen Malaysia dengan kompaun 50k yang dikenakan ke atas Neelofa bersama suami dan juga ahli keluarganya atas kesalahan melanggar SOP, kini nasib malang menimpa artis dan usahawan muda dari Malaysia itu apabila syarikat pengeluar batu kristal mewah tersohor dunia Swarovski mendedahkan mereka tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Informasi ini pantas diketahui melalui kuasa netizen di twitter dimana satu screenshot telah tular mengenai pendedahan dari akaun rasmi Swarovski tersebut.

 

Seorang pengguna Twitter @azba95 retweet kesalahan Neelofa hingga dikenakan kompaun awal minggu lalu telah membandingkan situasi terbabit dengan selebriti di negara luar seperti Korea Selatan.

Menurutnya selebriti di Korea Selatan akan hilang kolaborasi sebagai duta sesebuah jenama seandainya terpalit dengan isu seakan-akan sama dengan Neelofa.

“If Neelofa is a Korean artists, the brands that she is the ambassador of would have terminated the contracts already. Hello @swarovski,” tulisnya.

 

Retweet tersebut mengundang perhatian pengguna Twitter yang lain bagi mendapatkan apakah tindakan yang sama akan dikenakan terhadap Neelofa seperti mana artis lain? Tidak mahu berdiam diri, akhirnya akaun rasmi Swarovski membalas pertanyaan tersebut dengan mengatakan bahawa pihak mereka telah memastikan bahawa mereka tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Neelofa sebelum ini menjadi wanita berhijab pertama dunia yang muncul sebagai penghias billboard jenama mewah Swarovski sejak 2017. Malah, kerjasama itu membawa Neelofa mengembara ke beberapa negara seluruh dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu dan Austria.

1 Comment
  1. mrhanafi says

    rezeki masing-masing.

    mungkin sampai di situ sahaja

Leave A Reply

Your email address will not be published.