Berdepan Keracunan Monoksida, Bekalan Oksigen KRI Nanggala 402 Habis Hari Ini

0

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam Indonesia, Kri Naggala 402 bersama 53 anak kapal berdepan dengan masalah besar apabila bekalan melepasi anggaran ketahanan pada jam 3 pagi, hari ini. Kapal selam buatan Jerman tersebut kehabisan bekalan oksigen selepas lebih 72 jam hilang di lautan.

Timbul kebimbangan bahawa kemungkinan kesemua kru kapal selam berkenaal berhadapan dengan keracunan monoksida. Situasi ‘blackout’ KRI Nanggala 402 juga memberi impak kepada daya ketahanan kru kerana kuasa diperlukan bagi menggerakkan kipas. Fungsi kipas tersebut merupakan saluran udara melalui lilin oksigen dan bahan penyerap karbon dioksida.

Achmad Riad jurucapak TNI berkata pihaknya telah mengesan isyarat satu objek dnegan kemagnetan tingg di kawasan berdekatan perairan Bli semasa operasi SAR KRI Naggala 402. Walaupun begitu mereka masih tidak mengenalpasti apakah objek tersebut yang dikesan pada kedaaman antara 50 dan 100 meter.

Operasi mencari dan menyelamat KRI Nanggala dikendalikan bersama antara Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat termasuk Singapura

Leave A Reply

Your email address will not be published.