Berniaga Sampai 4 Pagi, Satu Malaysia Kena Scam Dengan Abang Burger

0

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu isu dimana satu kompaun dikenakan ke atas peniaga burger di Kelantan atas melanggar SOP iaitu sebanyak RM50k. Maka ramai lah netizen dan makcik pakcik bawang membawang pihak kerajaan tanpa terlebih dahulu menilai dari kedua belah pihak dan pihak ketiga iaitu rakan-rakan serta jiran tetangga abang burger tersebut.

Setelah beberapa isu tersebut meletup di media sosial maka muncul lah satu tangkap layar yang berlegar di facebook hari ini mengenai situasi sebenar abang burger yang disaman RM50k tersebut dengan caption “Satu Malaysia Kena Scam Dengan Abang Burger” dan banyak lagi.

Menurut tangkap layar tersebut, abang burger sebenarnya dah lama langgar SOP sejak PKP tahun lalu lagi dan juga pernah ditegur jiran-jiran tentang kegiatan nya itu yang mengundang orang ramai untuk lepak di depan rumahnya sampai lewat malam sehingga menyebabkan rasa kurang selesa jiran tetangga.

Rata-rata komen di facebook juga mengecam dan mulai berfikir dengan waras kenapa nilai RM50k itu sesuai dan padan dengan kegiatan yang telah dilakukannya.

 

Hmm, kesian dekat Neelofa. Dia dah janji nak tolong bayarkan kompaun 50k ni untuk abang burger.

Leave A Reply

Your email address will not be published.