Budak 3 Tahun Berkelakuan Aneh, Rupanya Positif Dadah

2

Viral di media sosial sejak minggu ini apabila anak berusia 3 tahun didapati positif dadah jenis meth atau lebih dikenali sebagai syabu atau batu.

Kejadian terbongkar apabila sang ibu membawa anak yang berusia 3 tahun itu ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor berikutan perangai dan kelakuan pelik anak tersebut. Setelah dirawat barulah dikesan anak berusia 3 tahun itu positif syabu.

Ketua P0lis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, hasil rawatan air kencing mendapati kanak-kanak tersebut positif dadah. Lapor Sinar Harian.Siasatan awal pihak polis juga mendapati pada 14 April lalu mngsa telah dijaga oleh bapa tirinya yang berusia 38 tahun di Nilai.

Susulan itu, pihak polis kini sedang giat mengesan bapa tiri mngsa iaitu Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit yang beralamat di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai. Suspek dikehendaki polis bagi membantu siasatan mengikut Sksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Sksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Di media sosial facebook pula rata-rata mendapat kecaman yang maha hebat berikutan perbuatan keji sang ayah tiri terhadap anak tirinya tersebut dan berharap pihak polis membawa si pelaku ke muka pengadilan.

(Gambar  bukan dari mangsa sebenar)

 

2 Comments
  1. mrhanafi says

    macam-macam ada dunia yang serba mencabar ini…

    semoga mereka berbuat sillap begini kenbali ke pangkal jalan,

  2. Rabiahtun Basariah Nomawi says

    Kesiannya anak ni. Umur 3 tahun dah diberi dadah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.