Dibenarkan Balik Kampung Halaman Sehiingga 6 Mei 2021

0

Setelah lama bertahan dan menunggu akhirnya khabar gembira diterima penduduk seluruh negara Republik Indonesia untuk melakukan perjalanan pulang ke kampung sehingga 6 Mei depan.

Bagaimanapun, orang ramai dilarang melakukan aktiviti pulang ke kampung semasa musim perayaan Aidilfitri bermula 6 hingga 17 Mei depan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurut tabloid Indonesia Kompas.com, cadangan itu disambut baik oleh Timbalan Pengerusi Pesuruhjaya III Dewan Perwakilan, Ahmad Sahroni. Bagaimanapun, beliau berkata, pemantauan dan kawalan protokol kesihatan terhadap semua individu perlu dilakukan secara ketat.

“Saya rasa sudah cukup bagus untuk memberikan kebenaran itu, selagi mana pemantauan dilaksanakan supaya individu yang melakukan perjalanan sentiasa mengamalkan protokol kesihatan,” katanya.

Sahroni yang merupakan ahli politik dari Parti Nasdem menjelaskan kebenaran itu sangat diperlukan bagi mengelakkan orang ramai melakukan perjalanan pulang ke kampung tanpa mengikut peraturan.

“Pada pandangan saya, sekiranya kebenaran itu terus dilarang, ia hanya menimbulkan gelombang orang ramai yang melakukan perjalanan merentas daerah atau negeri tanpa kawalan serta menyebabkan pertambahan kes pengabaian aspek protokol kesihatan.

“Sebagai contoh, mereka akan menggunakan jalan tertentu untuk pulang ke kampung,” jelasnya.

Sahroni turut memuji tindakan pihak polis yang memaklumkan kebenaran itu lebih awal.

Katanya, orang ramai akan lebih peka dan bersiap sedia menguruskan perjalanan pulang ke kampung.

“Ini bermakna, keadaan sesak dan padat semasa perjalanan itu dapat dikurangkan,” katanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.