Dilengkapi Kamera Badan, Ini Kelengkapan Terbaru Untuk Anggota PDRM

0

Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dijangka dilengkapi dengan kamera badan mulai September 2021 sebagai satu inisiatif peningkatkan mutu perkhidmatan serta integriti anggota PDRM.

Menerusi laman rasmi Facebook milik PDRM, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam fasa akhir pembincangan bagi memperuntukkan lebih 2100 unit kamera badan tersebut untuk dibekalkan ke seluruh negara.

Setiap balai polis daerah akan dibekalkan 12 unit kamera badan yang berharga kira-kira RM13800 setiap satu unit. Kamera ini akan digunakan sewaktu menjalankan rondaan atau operasi khas dan ianya dipakai bersama vest kalis peluru.

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Mac lalu telah mengumumkan kelulusan dana sebanyak RM30 juta bagi pembelian kamera badan. Penggunaan peralatan ini tambahnya akan melindungi polis dari tuduhan palsu yang dibuat oleh penjenayah atau individu yang tidak bertanggungjawab.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.