Dua Bodyguard Dipukul dan Dilarang Puasa, Sindiket Pengubahan Wang Haram Ditumpaskan

0

Susulan dari kejadian dua pengawal peribadi kena pukul dengan majikan kerana berpuasa, satu siasatan polis dilakukan dibawah Sek 324 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera, Sek 307 Kanun Keseksaan cubaan bunuh, Sek 298A Kanun Keseksaan menghina Agama Islam, AMLA, pengubahan wang haram selain aktiviti Ahlong dan judi haram.

Antara yang berjaya dirampas ialah 100 kepingan emas setiap satu seberat 1kg keseluruhan seberat 100kg, 2 batang rotan, sepucuk pistol, 10 biji peluru hidup, 5 telefon bimbit dan sejumlah besar wang tunai US Dollar. Nilai rampasan berjumlah RM28.45 juta.

Terdahulu, dua orang lelaki Melayu telah membuat satu laporan Polis kerana dipukul dan dilarang berpuasa oleh majikannya seorang berbangsa Cina di ibu negara. Kedua lelaki Melayu terbabit mengakui dipukul dengan menggunakan rotan selain ditumbuk di dalam lif setelah beredar dari kediaman majikannya.

Rata-rata perbuatan menghina Agama Islam oleh majikan berbangsa cina bernama Mr Chung Chee Yang ini yang mengundang amarah orang-orang Melayu Islam yang baru sahaja menjalankan ibadah puasa beberapa hari lalu.

Terbaru, Yusuf Azmi antara orang terawal membuat satu postingan di facebook rasmi beliau mengecam tindakan perkaumam ini dan akan membantu polis dalam siasatan selanjutnya.

Kredit Gambar : MGTV

Leave A Reply

Your email address will not be published.