Fattah Amin Dianugerahkan Trofi Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival (WFC)

1

Fattah Amin merupakan pelakon dan juga penyanyi yang cukup diminati wanita telah melakar sejarah tersendiri apabila dianugerahkan trofi Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.

Kemenangan yang diumumkan di laman web WFC Singapore 2021 itu tidak disangka-sangka olehnya dan mengakui masih banyak perlu belajar dalam bidang lakonan.

Saya dimaklumkan mengenai kemenangan itu oleh pihak pengurusan. Sebaik saja melihat nama tertera sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik, saya jadi terkejut. Memang saya tidak sangka. Secara jujur, masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada bidang lakonan. Ini bukanlah yang terbaik.

Bagaimanapun, saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat di antarabangsa. – Katanya yang dihubungi BH Online.

Kemenangan Fattah Amin ini lebih bermakna apabila ia diputuskan 100% oleh juri profesional dan bukannya atas undian peminat. Ini pasti mampu mematahkan hujah haters-haters diluar sana yang sering menganggap Fattah Amin sebagai kayu.

Tahniah buat Fattah Amin! Semoga terus maju di masa hadapan.

1 Comment
  1. mrhanafi says

    Fattah Amin memang layak untuk pengiktirafan tersebut

Leave A Reply

Your email address will not be published.