Honda Perkenalkan Prototaip Kereta Elektrik Berasaskan Model HR-V

1

Honda baru sahaja memperkenalkan konsep kereta elektrik Honda SUV e: Prototaip untuk pasaran China. Ini merupakan salah satu daripada sepuluh kenderaan elektrik yang dibuat oleh pembuat kereta dari Jepun ini.

Dalam penampilannya, bentuk badan kereta tersebut seakan HR-V atau juga dikenali dengan nama lain iaitu Honda Vezel.

Menurut Honda, model sebenar kereta elektrik ini hanya akan dijual pada tahun 2022 namun beberapa spekulasi lain menyatakan bahawa kereta ini akan menjadi versi elektrik bagi model sedia ada iaitu Honda HR-V.

Ini diperkuatkan lagi dengan rancangan Honda bagi mempersiapkan produk kereta elektrik ini untuk pasaran global. Sehingga setakat hari ini pihak pengeluar masih belum menyatakan spesifikasi Honda e: Prototaip ini. Malah tiada maklumat juga bagi kapasiti bateri yang akan digunakan.

Baru-baru ini Honda ada menandatangani perjanjian bagi menggunakan bateri Ultium General Motors.

Hari ini, Honda Breeze PHEV menjadi model hybrid plug-in pertama yang dihasilkan oleh Guangqi Honda, satu usahasama syarikat Honda di China.

1 Comment
  1. mrhanafi says

    boleh tahan juga kereta yang berteknologi ini

Leave A Reply

Your email address will not be published.