Ingin Buang Tattoo, Aliff Aziz Tekad Untuk Berhijrah

1

Tidak ada manusia yang hidup tanpa dosa. Kisah Aliff Aziz yang ingin berhijrah demi keluarga tercinta ini boleh menjadi inspirasi bagi kita. Meskipun telah beberapa kali kecurangan dilakukan, tekad dan azam Aliff Aziz untuk membuang tatoo di badan demi keluarganya amat dipuji.

Penyanyi dan juga pelakon Aliff Aziz baru-baru ada bertanyakan peminat mengenai mana-mana pusat perubatan yang menyediakan rawatan pembuangan tattoo di Kuala Lumpur menerusi akaun Instagram miliknya.
Perkara ini dimuat naik menerusi short story di instagram Aliff Aziz sendiri dan telah mengundang perhatian dan pujian warganet.

Suami kepada pelakon Bella Astillah ini yang ditemui mStar Online menjelaskan bahawa dia tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai niatnya untuk membuang tattoo yang dicacah di badannya itu.

Aliff kini sedang berusaha untuk menjadi seorang umat Islam yang lebih baik dan usaha itu perlu datang daripada dirinya sendiri.

Perkembangan terkini, Aliff dan isteri, Bella Astillah diIaporkan telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan selepas membuka sebuah kedai makanan yang diberi nama Laksa Bah yang bertempat di Masok Foodcourt, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Penyanyi lagu Sayang-Sayang itu berkahwin dengan Bella Astillah pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

 

 

Kami dari Team Media Klik sangat teruja dengan berita ini dan diharapkan Aliff tetap istiqamah dalam perjalanan menjadi umat Islam yang baik.

 

1 Comment
  1. mrhanafi says

    saya doakan yang baik-baik untuk meteka ..

    tiada manusia yang tidak pernah silap dalam hidup ini.

    ini merupakan perkara biasa dalam hidup ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.