Jambatan Terowong Dasar Laut Yang Menghubungkan Sweden dan Denmark

1

Selat Øresund memisahkan pulau Zealand di Denmark dari wilayah selatan Scania di Sweden. Selat ini mempunyai lebar bervariasi yang bermula dari sekitar 4 kilometer  yang merupakan titik paling sempit antara Kronborg Castle di  Helsingør di Denmark dan Helsinborg di Sweden.

Selat ini juga menjadi sempadan laut yang dikongsi bersama antara dua negara Sweden dan Denmark di benua Eropah. Sama seperti Malaysia dan Indonesia yang dipisahkan dengan selat Melaka antara Semenanjung Malaysia dan Sumatera Indonesia.

Meskipun dipisahkan dengan lautan ianya tidak mampu menghalang idea-idea pelik dan mengagumkan dari kedua negara-negara skandanavia ini untuk membina satu jambatan yang megah bagi menghubungkan kedua-dua negara demi kesemakmuran ekonomi bersama.

Bukan sekadar jambatan biasa, malah ianya merupakan satu jambatan yang hilang setibanya anda di tengah-tengah lautan, dan ianya bersambung pula dengan terowong dasar laut bagi meneruskan perjalanan rentas negara!

Jambatan ini direkabentuk oleh arkitek George K.S Rotne, dibina oleh firma OWI dari Denmark dan kos pembinaan dikendalikan bersama oleh dua negara tersebut. Sejarah ringkas perjalanan pembinaan jambatan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Idea dan pelan pelaksanaan telah dirancang sejak tahun  1950an lagi dan pernah dibatalkan kali pertama pada tahun 1978 atas alasan isu penjagaan alam sekitar dan ekonomi.

Namun pada tahun 1991 barulah kata sepakat dicapai bersama dan satu perjanjian telah ditandatangani setelah pelbagai halangan ditempuhi beserta kecaman dari sudut penjagaan alam sekitar sehinggalah ke rekabentuk senibinanya sendiri pada waktu itu.

Pembinaan jambatan ini pun dimulakan pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada Ogos 1999 dan dibuka kepada lalu lintas pada 1 Julai 2000.

Keunikan Jambatan Øresund

Di Jambatan Øresund ini anda hanya boleh melaluinya hampir 8 kilometer sahaja dari pantai Sweden ke pulau buatan manusia Peberholm yang terletak di tengah-tengah selat Oresund sebelum jambatan ini akan hilang atau lesap.

Ianya bukanlah hilang atau pembinaannya tidak siap tetapi jambatan ini adalah satu binaan yang bersambung dengan terowong dasar laut dan anda harus melalui terowong Drogden  ini sejauh 4 kilometer lagi untuk sampai ke pulau Amager di Denmark! Menarik bukan?

Tahukan Anda?

Pulau Peberholm buatan manusia tersebut dibina dari bahan korekan dasar laut dan pembinaannya tanpa menjejaskan habitat flora dan fauna di sekitarnya! Malah ianya menjadi tempat menarik bagi para ahli biologi.

Persatuan Botani Lund telah mengenalpasti lebih daripada 500 spesis tumbuhan yang berlainan mendiami kawasan tersebut serta ianya menjadi tempat pembiakan burung yang popular selain menjadi habitat spesis katak hijau yang jarang berlaku.

Fakta Menarik Jambatan Øresund

Jambatan Øresund bukan hanya sekdar jambatan biasa malah jambatan ini turut mempunyai fasiliti rel gabungan yang merupakan terpanjang di benua Eropah yang menghubungkan dua pusat terpenting di rantau itu iaitu ibu kota Denmark, Copenhagen,  dan ibu kota  Malmø di Sweden.

Sekaligus fasiliti rel tersebut telah menghubungkan rangkaian jalan raya dan rel di semenanjung skandinavia dengan rangkaian di Eropah Tengah dan Eropah Barat.

Dengan wujudnya jambatan yang bersambung dengan terowong dasar laut ini, kawasan di sekitarnyaa menerima tempias aktiviti ekonomi sehingga menjadi penempatan untuk 3.7 juta penduduk yang membawa bersama peluang pekerjaan baru yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi antara dua negara skandinavia tersebut.

Suka artikel ini? Jom kongsi!

1 Comment
  1. mrhanafi says

    betul-betul menarik la info ini..

    saya juga baharu tahu

Leave A Reply

Your email address will not be published.