Kecil dan Licik, Inilah 10 Mamalia Paling Kecil di Dunia

0

Sejatinya di dunia ini kita tidak akan kesunyian. Bukan sahaja dihuni manusia malah kita juga berkongsi planet ini bersama haiwan. Kali ini Team Media Klik ingin berkongsi sepuluh mamalia paling kecil yang wujud di bumi.

Mamalia terdapat dalam pelbagai bentuk dan ukuran, dari saiz yang sangat besar sehinggalah ke saiz yang sangat kecil. Kita biasanya berpendapat dengan memiliki fizikal yang besar, tahap survival akan meningkat. Bahkan saiz yang besar sering dikaitkan dengan lambang kegagahan dan kekuatan. Namun sebaliknya tahap survival dan kegagahan haiwan bukan lah diukur dengan saiz badannya saja.

Walaupun bersaiz kecil, haiwan ini juga mempunyai kelebihan-kelebihan survival skills yang tersendiri yang tidak ada pada haiwan lain.

Cencarut Terkecil (The Etruscan Shrew)

Haiwan ini juga dikenali sebagai Pygmy Shrew atau White-dodge pygmy shrew, biasanya dianggap sebagai mamalia paling kecil yang diketahui umum. Beratnya hanya sekitar 1.8 gram dengan panjang badan kurang lebih 4 cm.

Walaupun saiznya kecil, mamalia ini mempunyai selera makan yang kuat sehingga boleh makan sehingga dua kali berat badannya sendiri. Haiwan ini terdapat di benua Eropah sehingga ke Afrika Utara. Di Malaysia mungkin agak jarang ditemukan.  Haiwan ini tergolong dalam haiwan terancam oleh beberapa negara kerana populasi nya yang semakin sedikit dan pupus.

Baluchistan Pygmy Jerboa

Pygmy Jerboa merupakan spesies tikus terkecil di dunia. Badan haiwan ini boleh mencapai panjang sepanjang 7 cm dengan 4 cm lebar. Walaupun ukurannya kecil haiwan ini mampu melompat dengan jarak yang sangat jauh berkat dikurniakan kaki seperti kanggaru mereka. Kelebihan ini membantu haiwan ini bergerak pantas di padang pasir yang gersang di tempat mereka tinggal.

Haiwan ini banyak didapati di Pakistan dan Afghanistan. Habitatnya pula meliputi bukit pasir, tanah tandus dan padang pasir. Haiwan ini adalah haiwan herbivor nokturnal dimana mereka aktf pada waktu malam untuk mencari makanan. Tidak hak hanya itu, haiwan ini mempunyai tahap pendengaran yang super sensitif!

Mereka boleh mengesan pemangsa meskipun tinggal di dalam lubang dibawah tanah !

Kelawar Lebah (Bumblebee Bat)

Bumblebee Bat juga dikenali dengan nama Kitti’s hog-nosed bat (Craseonycteris Thonglongyai). Spesies kelawar ini boleh ditemui di beberapa gua batu kapur di barat daya Thailand. Tinjauan dari tahun 1997 hingga 2008 terdapat 10,000 kelawar jenis ini ditemukan di 44 gua. Spesies ini merupakan spesies tunggal  yang mewakili seluruh keluarga kelawar yang terpisah dari yang lain kira-kira 33 juta tahun yang lalu.

Di dunia terdapat 1200 spesies kelawar dan 1200 spesies kelawar boleh ditemukan di benua Asia.

Tikus Lemur (Mouse Lemurs)

Tikus lemur (Microbeus) dianggap sebagai salah satu haiwan paling kecil di dunia. Panjangnya yang hanya boleh mencapai 27cm termasuk ekornya. Terdapat lebih daripada 20 spesies tikus lemur di bumi ini, dan beberapa spesies telah dikenalpasti hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Spesies terkecil adalah Madame Berthe, yang berukuran hanya 9cm panjang!

Mereka adalah penghuni hutan yang hidup dalam kumpulan. Koloni nya biasanya terdiri dari 15 ekor dan diketuai oleh seekor tikus betina. Mereka menghabiskan masa di pokok dan boleh berpindah dari dahan ke dahan dan dari pokok ke pokok. Haiwan ini tidur pada siang hari dan aktif mencari makan pada sebelah malam.

Mereka memakan serangga, buah-buahan dan tanaman yang lain.

Least Weasel

Least Weasl adalah haiwan karnivor yang sangat kecil dalam keluarga musang (Mustelidae). Musang jantan spesies ini boleh mencapai 17 cm panjang, sementara musang betina 12 cm panjang.

Walaupun ukurannya kecil, mereka ibarat mimpi buruk bagi tikus-tikus yang bersaiz kecil. Haiwan ini biasa ditemukan di Alaska dan Kanada. Mereka suka tinggal di lereng berbatu dan di kaki bukit.

Pygmy Possum

Haiwan ini memiliki panjang 5 hingga 7 cm dan biasanya ditemukan di Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Keluarga dari spesies ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Genus Burramys dan Genus Cercartetu.

Tikus Pygmy Afrika

Tikus  Pigmi Afrika berukuran 2 gingga 7 cm dan dianggap tikus terkecil dunia. Tikus spesies ini mendiami Afrika Tengah sehingga ke Afrika Timur dan ke Afrike Selatan. Mereka haiwan yang bersosial dengan mempunyai trend hidup berkeluaga dalam satu liang atau lubang yang dibina dibawah timbunan seprihan kayu atau balak yang jatuh.

Pygmy Marmoset

Dikenali juga dengan nama julungan “monyet saku” kerana haiwan ini boleh masuk ke dalam poket baju dan seluar anda. Ianya merupakan sejenis monyet terkecil di dunia. Haiwan ini berukuran lebih dari 12 cm panjang. Monyet spesies ini biasa ditemukan di sekitar hutan hujan Amazon di Amerika Selatan.

Monyet-monyet ini biasanya tinggal di hutan atau belukar buluh berhampiran sungai. Mereka suka tinggal di hutan hujan lebat dimana terdapat banyak tempat persembunyian di dalamnya. Monyet-monyet ini hidup dalam satu kumpulan dan mempunyai rumah kecil kurang dari setengah ekar. Mereka berwarna coklat jingga dan warnanya memberikan kelebihan kepada haiwan ini menjadi penyamar yang baik.

Planigale Ekor Panjang

Planigale ekor panjang memiliki tubuh dengan rata-rata 5 cm panjang. Mereka tergolong dalam keluarga Dasyuridae dengan tiga sub-spesies yang dapat dijumpai di bahagian utara Australia. Mereka mendiami padang rumput dan dataran tanah hitam.

American Shrew Mole

Haiwan ini berukuran kira-kira 10cm termasuk ekor. Haiwan ini gemar tinggal di bawah tanah. Mereka mempunyai kaki depan yang kecil daripada kebanyakkan tikus yang lain dan bergerak dalam kumpulan dalam 11 ekor atau lebih dan menghabiskan masa mereka di atas tanah.

Haiwan ini aktif di atas tanah dan memakan serangga, cacing tanah, sisa-sisa sampah dan siput.

Demikianlah 10 mamalia paling kecil yang masih hidup di bumi. Jom kongsikan artikel agar semua dari kita dapat informasi baru yang menarik!

Leave A Reply

Your email address will not be published.