Polis Pangkat ASP Terima Rasuah Hampir Jutaan Ringgit Lindungi Geng Wan Padang Besar

0

Tular di Media Sosial kini sebuah gambar seorang anggota Polis berpangkat ASP akibat kegiatannya melindungi dan menerima rasuah hampir jutaan ringgit dari seorang berkepentingan dalam sindiket  penyeludupan dadah dan daun ketum di Perlis, Kedah dan Kelantan, penganjuran sabung ayam dan judi di Thailand, penyeludupan barangan lari cukai seperti rokok seludup dan lain-lain.

Tertuduh bernama Muhammad Safwan bin Hassan (Abang Wan Padang Besar) juga memiliki sejumlah wang tunai bernilai jutaan ringgit yang disimpan di dalam rumah dua orang isterinya di Padang Besar dan di Thailand.

Terbaru, Muhammad Safwan dikaitkan dengan seorang anak selebriti terkenal iaitu Serina Datuk Redzuawan namun anak selebriti tersebut sudah pun menafikan terlibat dalam kegiatan mencuci wang haram seperti yang dituduh.

Muhammad Safwan pernah ditahan sebanyak dua kali dan dikenakan POCA oleh pihak Polis D7 JSJ tetapi dapat melepaskan diri setelah kawtim dengan orang dalam dengan membayar hampir satu juta ringgit kepada ASP Hobit atau nama sebenarnya ASP Abdul Hanis Hairul bin Abdul Halim.

Abang Wan Padang Besar juga mendakwa dia mempunyai pengaruh besar dalam D7 JSJ Bukit Aman. Beliau memberitahu ASP Hobit merupakan orang kampung beliau di sebelah utara disamping mengakui turut mempunyai rangkaian dengan SPRM menerusi link beliau dia.

 

Sehingga kini pihak PDRM masih belum memastikan kesahihan berita ini dan kenyataan rasmi dari PDRM masih belum dikeluarkan. Sumber gambar adalah diambil dari Facebook.

Leave A Reply

Your email address will not be published.