PU Amin Dikecam Bergambar Dengan Wanita Seksi

1

PU Amin sekali lagi mencetuskan kontroversi dan kecaman netizen gara-gara seorang wanita memuatnaik sekeping gambar bersama dengan PU Amin yang dikatakan kurang sesuai kerana wanita tersebut berpakaian menjolok mata.

Kecoh di sosial media hari ini dengan rata-rata netizen mengecam tindakan tersebut berjemaah kerana perbuatan tersebut mampu menjadi fitnah bagi orang agamawan seperti PU Amin, kata mereka.

Memetik status gambar yang dimuat naik wanita tersebut, ianya diambil di sebuah hotel dimana PU Amin dijemput untuk memberi tazkirah agama sebelum majlis berbuka puasa bersama di ibu kota, malam Sabtu yang lalu.

Berikut merupakan balasan balas dari PU Amin terhadap mereka yang mengecamnya

Betul, pakaian mereka tidak menutup aurat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli neraka’?

Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?

Orang perli dan sindir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka marah pula?

Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbalahan parti politik pula.

 

Menurut PU Amin juga sebelum membuat keputusan untuk hadir di majlis tersebut, dia dan isterinya terlebih dahulu berbincang sebelum setuju untuk menerima jemputan tersebut di sebuah hotel dan segera pulang setelah majlis tamat.

Semua kata ini peluang untuk berdakwah dan itulah yang saya lakukan semasa berada di majlis berkenaan.

Depan-depan saya cakap semasa beri tazkirah kepada semua tetamu yang hadir. Saya sentuh mengenai topik pematuhan pakaian, sensitiviti di bulan Ramadan, kuasa dan keampunan Allah SWT, semua nampak gembira dan menerima baik bila dengar ceramah saya.

Selama ini orang asyik kata saya cuma cakap dan nasihat orang dalam Facebook saja, bila saya turun padang macam ini dan bukannya cuma berada di surau atau masjid, pun kena kecam juga? Macam mana ini?

 

PU Amin sudah menghubungi pemilik akaun dan meminta gambar dipadam namun tidak dapat dipastikan sama ada sudah diturunkan ataupun tidak.

Sumber : Utusan Malaysia

1 Comment
  1. mrhanafi says

    memang gempar juga kerana pada masa sekarang …bulan puasa.

    sangat menjolok mata dan mengurangkan pahala pulak

Leave A Reply

Your email address will not be published.