RASMI: Celcom dan Digi Akan Bergabung

3

Berita tentang penggabungan dua syarikat telco gergasi di Malaysia ini bukan lagi menjadi tanda tanya apabila Axiata Group Berhad dan Telenor Asia kini sudahpun mengesahkan berada pada fasa akhir rundingan untuk penggabungan perkhidmatan telekomunikasi antara kedua syarikat telco tersebut.

Menerusi penggabungan ini, ianya akan membentuk  sebuah syarikat yang dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad (MergeCo). Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk mencalonkan Dato’ Izaddin Idris sebagai pengerusi manakala JØrgen C. Arentz Rostrup sebagai timbalannya.

Pada masa yang sama Idham Nawawi dinamakan sebagai CEO dan Albert Murt sebagai Timbalan CEO.

Dengan penggabungan ini setiap pihak menerima pegangan saham dengan anggaran 33.1%. Celcom Digi juga akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia.Pemeteraian perjanjian dijangka dimuktamadkan dalam suku kedua 2021.

Sumber : Axiata, Telenor

3 Comments
  1. mrhanafi says

    yang penting talian lebih kuat dan luas..

    bergabung atau tidak para pelanggan tidak kisah kerana mereka bukan pemegang saham

  2. Nur says

    Saya baru tahu pasal ni.
    Ye la, harap servis mereka dapat ditingkatkan lagi. Sesetengah kawasan, line pun takde.

  3. rujukan says

    aku x faham satu benda ni, gabung ni sbb korporat kan, mcm mana dengan line? gabung sekali ke x? sbb kalau link dapat gabung lagi best, maksud aku, kalau aku pakai celcom, pi mana mana area ada line digi pun boleh pakai, kalau gabung line lagi best, baru rasa network luas satu malaysia

Leave A Reply

Your email address will not be published.