Serpihan Kapal KRI Nanggala 402 Ditemui

0

Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan bahawa kapal selam milik TNI -AL iaitu KRI Nanggala 402 telah tenggelam. Jurucakap TNI Hadi Tjahjanto berkata tanda insyarat tenggelam bagi KRI Nanggala-402 diisytiharkan selepas operasi pencarian dilakukan selama 72 jam.

“Tempoh masa anggaran ketahanan bekalan oksigen bagi KRI Nanggala-402 iaitu selama 72 jam sudah berakhir. Malah kesan tumpahan minyak dan serpihan kapal selam beserta alat solat anak kapal yang ditemui menjadi bukti asli menuju fasa KRI Nanggala tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar.

Kapal selam berusia 40 tahun buatan Jerman itu dilapor hilang dan terputus hubungan di utara Bali sejak Rabu lalu.

Angkatan Laut Indonesia juga memaklumkan kedudukan kapal selam KRI Nanggala 402 dijangka berada pada kedalaman 850 meter di dasar laut.

Leave A Reply

Your email address will not be published.