Taknak Pandang Kamera, Da’i Syed Elak Untuk Kena Santau

1

Siapa tidak kenal dengan Da’i Syed atau nama penuhnya Syeh Shah Iqmal yang pernah mengemparkan satu Malaysia berikutan beberapa kes gangguan sek*sual yang dilakukan nya. Namun beliau mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhanyang dihadapinya

Terbaru, lelaki berusia 25 tahun itu mendedahkan dirinya disantau atau disihir oleh orang yang tidak senang hati dan  iri hati dengannya sehinggakan kesihatan beliau terjejas.

Dakwaannya sebelum ini dia mengalami kesukaran untuk tidur dan kepala sering terasa seperti dicucuk oleh sesuatu sampai terasa pedih. Ujarnya kepada Malaysiakini.

Mulanya beliau tidak menyedari akan sihir atau santau yang dialaminya sehinggalah dua orang ustaz yang tidak dikenali datang menghampiri beliau menyatakan hasrat untuk membantu Da’i Syed. Beliau berasa pelik sehinggalah dua orang ustaz tersebut mengatakan beliau terkena santau dan sihir melalui mata.

Oleh sebab itu setelah berubat, Da’i Syed enggan pandang tepat pada kamera bagi mengelakkan benda yang sama berulang kembali.

“Alhamdulillah dah ada perubahan dan saya akan terus berubat,” katanya.

1 Comment
  1. semutsenyum says

    Waa… tak sangka, boleh santau melalui kamera dah skrg.. hmmm risau pulak rasa dgn dunia hari ni. makin pesat kemajuan, makin mundur pemikiran, allahu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.