Cara Beli Bitcoin Di Platform Luno

0

Pelaburan matawang kripto atau dalam Bahasa Inggeris nya Cryptocurrency tidak lagi asing bagi kita di seluruh dunia. Terkini harga Bitcoin telah mampu mencecah RM200k untuk satu unit! Maka tidak hairan lah mengapa ilmu tentang pengetahun Bitcoin ini amat perlu ada dalam diri kita di zaman moden ini.

Di artikel ini kami akan berkongsi bagaimana cara anda membeli matawang kripto anda buat kali pertama menggunakan platform Luno hanya dengan modal serendah RM10 sahaja.

Langkah 1 : Buka akaun Luno

Daftar akaun Luno anda melalui laman web rasmi mereka disini atau download aplikasi mereka menerusi Google Play atau Apple App Store.

Langkah 2 : Masukkan deposit

Setelah daftar, buka akaun dan anda perlu melakukan deposit pertama serendah RM10 sahaja.

Caranya:

#Klik Wallets
#Klik Local Currency
#Klik Deposit
#Masukkan amaun contoh RM250
#Klik Continue to FPX

Luno kini menyokong FPX bagi memudahkan rakyat Malaysia melakukan deposit melalui akaun bank tempatan seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, Public Bank dan banyak lagi.

Langkah 3 : Beli Bitcoin

Sekarang anda boleh beli Bitcoin pertama mengikut amaun yang anda inginkan. Selain Bitcoin, Luno juga menyokong beberapa matawang kripto lain seperti Ethereum, Ripple dan Litecoin. Buat masa sekarang, yang menjadi fenomena adalah Bitcoin dan Ripple (XRP).

Langkah 4 : Jual semula Bitcoin

Anda boleh menjual Bitcoin anda sesuai dengan kenaikan per unit di Luno. Kemudian boleh terus mohon pengeluaran (withdawal) ke akaun bank anda. Mudah kan ?

Leave A Reply

Your email address will not be published.