Hang Tahu Tak Aku Siapa? Video Lan Pet Pet Pukul Abang FoodPanda Pula Tular

0

Belum reda lagi kes Yusuf Azmi pukul warga asing dek kerana menciplak baju semboyan yang dijual hanya RM10, kini tular pula satu video Lan Pet Pet mengamuk di jalanan. Video yang tular sejak malam tadi masih belum diketahui bila dan apakah punca Lan Pet Pet tergamak memukul seorang rider GrabFood atau FoodPanda.

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan bin Ahmad merupakan seorang pelawak, pelakon dan penyanyi yang suatu ketika dahulu sangat top namanya beserta rakan-rakan dalam kumpulan Senario. Lan Pet Pet sudahpun berusia 51 tahun pada tahun ini. Apa pun alasan dan punca perbalahan beliau dengan rider FoodPanda tersebut, semoga ia dapat diselesaikan dengan aman dan baik.

Menerusi video yang tular tersebut Lan Pet Pet dilihat merangkul leher dan sempat memukul kepala rider FoodPanda sambil ditenangkan oleh tiga lelaki bagi meredakan pergaduhan itu. Sehingga kini masih belum ada berita tentang kesahihan dimana dan bila kejadian ini berlaku.

Lan turut menjerkah rider FoodPanda tersebut dengan kata-kata berbaur amaran “Hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku? Hang tau dak aku sapa? “

Ini bukan lah pertama kali peristiwa seperti ini berlaku. Terdahulu Lan Pet Pet pernah memukul seorang pengawal keselamatan bernama Pak Ya, pada 6 April 2019 lalu. Beliau didenda RM2000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukannya di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.