Lan Pet Pet Perjelas Isu Pukul Penunggang Motorsikal

0

Sebelum ini kita kecoh satu Malaysia dengan video berdurasu 24 saat yang viral di media sosial dimana di dalam video tersebut terlihat seorang pelawak dikenali ramai memukul seorang penunggang motorsikal di jalanan.

Tidak mahu berdiam diri, Lan Pet Pet kini tampil untuk menceritakan hal sebenar mengapa dia memukul penunggang motorsikal tersebut. Menurut Lat Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan bin Ahmad, insiden itu berlaku setelah dia menegur penunggang motorsikal tersebut kerana menunggang dengan merbahaya sehingga mengancam keselamatan orang awam.

Insiden itu berlaku semasa dia melalui Jalan Ampang, berhadapan Kedutaan Russia.

Saya menegur pemuda itu sebab tindakannya menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motorsikal amat berbahaya. Bukan sahaja boleh megancam nyawanya malah pengguna jalan raya yang lain. Bagaimanapun lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi. Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.

Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja. Katanya.

Sementara itu Lan juga berkata dia enggan mengulas panjang isu berkenaan dan akan mengadakan pertemuan dengan pekerja penghantaran makanan itu pada petang Rabu.

Kami akan bersemuka di balai polis untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara kami. Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku. Aidilfitri pun tidak lama, ujarnya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.