Majlis Tahnik Anak Kena Kecam, Tokti Tutup Komen Di IG

1

Penyanyi tersohor kesayangan ramai, Siti Nurhaliza atau Tokti kini telah menutup ruangan komen di IG beliau rentetan daripada komen-komen kecaman dari netizen akibat tidak berpuas hati terhadap majlis tahnik anak kedua beliau Muhammad Afwa yang dihadiri beberapa ustaz-ustaz selebriti antaranya Ustaz Don Daniyal, Ustaz Iqbal Zain, Ustaz Azhar Idrus dan ramai lagi yang datang dari pelbagai negeri di Malaysia walaupun pada ketika PKPB dilaksanakan di seluruh Malaysia sekaligus didakwa melanggar SOP.

Penyanyi tersebut didapati menutup ruangan komen di instagram miliknya daripada komen-komen negatif berbau kecaman dari netizen serta rakyat marhaen yang tidak berpuas hati dengan pelanggaran SOP yang telah berlaku di majlis tersebut sehinggakan setiap posting di instagram beliau dihujani komen-komen negatif.

Kelihat Menteri Hal Ehwal Agama Dato Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga dilihat menghadiri majlid tahnik tersebut. Difahamkan, netizen tidak berpuas hati akan SOP yang hanya disasarkan pada golongan rakyat marhaen manakala golongan atasan dan orang politik bebas melanggar SOP rentas negeri bagi menghadiri majlis keramaian.

Sementara itu Polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk penganjur majlis tersebut berhubung pelanggaran SOP Perintah Kawala Pergerakan Bersyarat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Assisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Selasa untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes masih lagi dalam siasatan dan pihak Polis dalam tindakan mengesan dan akan memanggil kesemua individu yang berkaitan dengan kes untuk dirakam keterangan.” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

1 Comment
  1. Arsad says

    Saman ja RM10K jangan pilih bulu ..///……

Leave A Reply

Your email address will not be published.