Melawak Sampai Menghina Pakaian Etnik Iban, Ryzal DurianKimchi Dikecam Netizen

0

Ada kalanya gurauan kasar itu mampu meriahkan suasana. Namun perbuatan melawak kasar melampau mampu membuatkan ramai orang terguris perasaannya. Begitu lah nasib yang dialami oleh selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim yang viral sejak semalam dengan kecaman gara-gara memuat naik gurauan bersama isteri yang dikatakan memperlekeh pakaian tradisional masyarakat Iban itu.

Menerusi video tersebut, Ryzal mendakwa bahawa kain yang dipakai seperti ‘kain buruk’ dan ‘alas meja’ sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

 

Bukan hanya mengundang marah dari netizen dari etnik Iban, malah selebriti dari etnik Melayu dan pelbagai etnik seperti Faye Kusyairi dan Bob Yusof turut mengecam tindakan sensitif pasangan popular Durian Kimchi tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, Ryzal menerusi perkongsian di Instagram membuat permohonan maaf di atas ‘lawak bodoh’ tersebut. Ryzal menjelaskan dia hanya bergurau dan tiada niat mahu menghina mana-mana pihak.

 

Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam.

Saya akui ianya gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.

Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan Pakaian Tradisional Iban.

Ryzal turut memuat naik video menyatakan kekesalan. Dia mengakui kesilapan dan bertanggungjawab di atas tutur kata yang dikeluarkannya itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Leave A Reply

Your email address will not be published.