Penduduk India Nyatakan Sokongan Pada Israel Di Twitter Namun Dibalas Perkauman

0

Seperti yang kita sedia maklum, negara India merupakan antara negara yang mempunyai hubungan diplomasi dengan negara Israel. Tidak hairan jika negara India boleh memberikan sokongan kepada Israel terhadap krisis yang tak pernah usai dengan Palestin.

Menjadi trending kini di Twitter warga India beramai-ramai saling membuat Tweet dan membalas Tweet bagi menyatakan sokongan mereka kepada Israel. Malangnya Tweet mereka tersebut seperti tidak langsung dihargai oleh sebahagian warga Israel dengan ucapan-ucapan berbaur perkauman yang sangat tidak patut dilemparkan kepada mereka yang menyokongnya.

Salah seorang pengguna Twitter dari India memberikan tanda sayang “love” dengan dilampirkan sekali bendera negara India dan Israel sebagai tanda persahabatan. Namun ini balasan warga Israel tersebut

Ambil “sayang” itu dan masukkan ke dalam punggung anda sendiri, kami tidak memerlukannya.

Pengguna Twitter Ankita Poonam berkata  ” kami bersama anda, kami akan kalahkan lipas Turki dan khinzir Pakistan bersama-sama “

Namun dibalas dengan perkauman yang sangat menyentuh hati seluruh warga India;

Jangan letakkan bendera kami bersebelahan bendera anda wahai pemakan dan berkulit kari. Israel tahu menjaga diri sendiri. Jangan libatkan kami dalam masalah anda

Kami tidak memerlukan sokongan anda, wahai bangsa kari! Hahaha. Ujar mereka

 

Sebelum ini isu Israel – Palestin dipanaskan kembali sejak Ramadhan tahun ini sehingga menyaksikan seorang warga India terbunuh oleh serangan roket Hamas ke atas Israel sebagai serangan balas terhadap perbuatan tentera Israel ke atas penduduk Palestin dan konflik di Baitul Maqdis

Turki kemudiannya menjadi negara terawal dalam mengecam dan berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap konflik ini. Kredit gambar dari pengguna Facebook.

Leave A Reply

Your email address will not be published.