Raya Dah Dekat, Giant Dan AEON Big Pula Diarah Ditutup Sehingga Esok

0

Kuala Lumpur: Pasar Raya Besar Giant dan AEON BiG yang berada di lokasi Pengecaman L0kasi Panas Untuk Libat Urus Dinamik (Hide) ditutup bermula 9 hingga 11 Mei.

Menerusi kenyataan dikeluarkan semalam, Giant memaklumkan bahawa bagi mematuhi arahan pihak berkuasa, semua cawangan yang tersenarai di bawah Hide diarahkan untuk tutup selama tiga hari.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan berkaitan untuk memastikan kami menyediakan semua keperluan seperti yang dinasihatkan oleh Kemnterian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi meIakukan pembersihan sepenuhnya, tujuh cawangan Giant ditutup mengikut tempoh ditentukan,” katanya.

Antara cawangan terbabit ialah

  • Giant Hypermarket Bandar Kinrara
  • Giant Hypermarket Banting
  • Giant Hypermarket Klang
  • Giant Hypermarket Plentong
  • Giant Hypermarket Tampoi, Giant Superstore Nilai
  • Giant Supermarket Sungei Wang.

Sementara itu, AEON BiG dalam kenyataan semalam turut memaklumkan pelanggannya bahawa tujuh cawangan di senarai Hide ditutup selama tiga hari.

“Merujuk kepada pengumuman Mnteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei, kami menutup pasar raya besar AEON BiG berada di lokasi Hide bermula 9 hingga 11 Mei (tiga hari sahaja).

“Kami akan melaksanakan proses sanitasi sepenuhnya di semua cawangan terbabit bagi memastikan keselamatan semua pekerja, penyewa, rakan kongsi dan pelanggan kami diutamakan,” katanya.

Sumber : Hmetro

Leave A Reply

Your email address will not be published.