Mediaklik
INFO : Amaran Hujan Lebat & Ribut Petir Di 5 Negeri

INFO : Amaran Hujan Lebat & Ribut Petir Di 5 Negeri

INFO : Amaran Hujan Lebat & Ribut petir telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Meteorlogi Malaysia (METMalaysia) pada hari ini 27 Ogos 2024.

Pihak Meteorlogi Malaysia memaklumkan amaran berlaku hujan lebat dan ribut petir berkemungkinan akan berlaku pada 5 buah negeri di semenanjung Malaysia.

Antara negeri yang terlibat adalah Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor, kepada penduduk di sekitar kawasan dinasihati supaya berhati-hati terutama ketika berada di luar rumah.

INFO : Amaran Hujan Lebat & Ribut petir

Agensi METMalaysia menyatakan notis amaran ini melibatkan beberapa kawasan negeri di semenanjung Malaysia.

Negeri perlis dan kedah membabitkan daerah kawasan langkawi, padang terap, yan, pokok sena, kota setar dan kuala muda.

Dalam masa yang sama, negeri-negeri seperti pulau pinang, perak dan Selangor juga bakal berlakunya hujang lebat.

Untuk pengetahuan umum, amaran akan dikeluarkan sekiranya intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, dinasihati agar berwaspada pada waktu musim hujan lebat ketika ini.

Add comment