Bayaran Bantuan RM50 telah mula dikreditkan kepada golongan belia bujang bermula 29 Ogos 2024 secara berperingkat menyeluruh seluruh Malaysia. Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan muda yang sedang membina kehidupan mereka.
Bayaran Bantuan RM50 (BUJANG)
Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau STR bagi kategori bujang diberikan secara berperingkat melalau 4 fasa. Bantuan ini ditujukan khusus kepada belia bujang yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Tujuannya adalah untuk memberikan sokongan kewangan, terutama bagi mereka yang terkesan akibat keadaan ekonomi semasa. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan golongan bujang dapat menguruskan perbelanjaan harian mereka dengan lebih baik.
Jadual & Kadar Bayaran Bantuan STR Bujang
- Fasa 1 – Dikreditkan bermula 29 Januari 2024 (RM100)
- Fasa 2 – Dikreditkan bermula 3 April 2024 (RM100)
- Fasa 3 – Dikreditkan bermula 29 Ogos 2024 (RM50)
- Fasa 4 – Dikreditkan bermula November 2024 (RM100)
Langkah Semak & Kemaskini Bayaran STR 2024
Bagi mengakses semakan bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini, penerima perlu memastikan mereka mendaftar melalui saluran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sila layari laman portal rasmi STR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk permohonan baharu harus mengikuti arahan yang diberikan dan menyediakan maklumat yang diperlukan semasa proses pendaftaran. Sekiranya anda layak, bayaran akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank yang didaftarkan pada borang permohonan.
Add comment