Bayaran MyKasih RM100 one-off merupakan inisiatif yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada masyarakat, terutamanya dalam situasi ekonomi yang mencabar.
Pemberian ini dijadualkan akan dikreditkan pada tarikh 31 Ogos ini sempena sambutan kemerdekaan, memberikan sedikit kelegaan kepada penerima.
Siapa yang Layak Menerima Bayaran MyKasih RM100?
Kementerian Kewangan telah melaksanakan program pemberian Sumbangan Asas Rahmah Mykasih pada tahun ini. Lebih menarik pada bulan Ogos ini semua individu berumur atas 18 tahun akan menerima bayaran tambahan secara one-off sebanyak RM100.
Kesemua rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah layak untuk menerima bayaran MyKasih ini. Ini termasuk individu yang sedang mencari pekerjaan, pelajar, isi rumah dan warga emas.
Objektif utama program ini adalah untuk memastikan setiap individu mendapatkan bantuan dalam meningkatkan taraf hidup dan keperluan harian mereka. Amaun yang diberikan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit seluruh negara.
Bagi mereka yang layak, bayaran MyKasih RM100 one-off akan dikreditkan secara automatik ke dalam mykad / IC individu. Pastikan maklumat peribadi anda adalah terkini dan tepat.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bayaran ini atau jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi MyKasih – https://www.mykasih.com.my/ atau menghubungi pusat layanan pelanggan yang disediakan. Inisiatif ini adalah satu langkah positif ke arah membantu rakyat Malaysia dalam mengharungi dugaan ekonomi.
Kepada yang terlepas pandang, berikut adalah kadar bayaran mykasih yang akan diterima pada bulan Ogos ini mengikut kategori,
Kategori isi rumah :
- RM200 : Berstatus miskin
- RM100 : Berstatus B40
Kategori warga emas :
- RM150 : Berstatus miskin
- RM50 : Berstatus B40
Kategori bujang :
- RM50 : Berstatus miskin
- RM0 : Berstatus B40
RM100 One-off :
- Semua individu berumur 18 tahun akan menerima bayaran secara automatik.
Kesimpulan
Pelbagai bantuan-bantuan dan kemudahan disediakan pada tahun ini oleh agensi dan kerajaan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia yang kurang berkemampuan. Anda boleh lihat senarai bantuan yang ada pada halaman utama untuk mengetahui lebih informasi.