Bayaran STR Fasa 3 Sehingga RM650 telah Dikreditkan!

Follow the Info Bantuan kerajaan 2025 channel on WhatsApp

Bayaran STR fasa 3 Pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah adalah inisiatif yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Dengan bantuan ini, setiap individu yang layak akan menerima bantuan sehingga RM650. Proses pengkreditan sudah dimulakan pada hari ini, dan ramai yang sudah melihat wang ini masuk ke dalam akaun bank mereka.

BAYARAN STR FASA 3 TELAH DIKREDITKAN

Bayaran STR Fasa 3 Sehingga RM650 telah Dikreditkan!

Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga telahpun mula dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bermula 12 Ogos 2025. Kategori bujang, isi rumah dan warga emas akan menerima manfaat dari program STR fasa 3 ini.

Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat. Kelayakan untuk menerima bayaran bantuan tunai STR fasa 3 ini adalah berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

Pastikan anda semak status anda agar tidak terlepas pembayaran STR fasa ketiga ini. Berdasarkan kenyataan rasmi dari Kementerian Kewangan, berikut adalah kadar bayaran fasa 3 yang dikreditkan mengikut kelayakan kategori :

  • Bujang : RM150
  • Warga emas : RM150
  • Isi rumah : RM150 – RM650 (Kadar berdasarkan bilangan tanggungan setiap keluarga)

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3 ANDA

Bagi mereka yang telah menerima bayaran, adalah penting untuk memastikan bahawa pengunaan bantuan ini adalah dalam cara yang bijak. Manfaatkan bantuan tunai STR fasa 3 ini untuk menampung keperluan harian yang penting.

Jika anda masih belum menerima bayaran, disarankan untuk menyemak status bayaran STR anda. Pastikan bahawa maklumat perbankan anda adalah tepat bagi memastikan pengkreditan yang lancar.

Sila layari laman web rasmi bantuan STR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk cek status bayaran fasa 3 anda.

Leave a Comment