Jadual bayaran STR fasa 3 adalah penting bagi penerima bantuan dalam merancang kewangan mereka. Pembayaran ini akan dilakukan berdasarkan senarai bank yang ditetapkan, memudahkan para penerima untuk tahu bila mereka akan menerima dana.
Jadual Bayaran STR Fasa 3
Untuk makluman umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 telahpun mula dikreditkan secara berperingkat. Kategori penerima yang terlibat adalah bujang, warga emas dan isi rumah.
Setiap institusi kewangan terlibat dalam penyampaian bantuan ini telah disenarai. Oleh itu, penerima perlu menyemak senarai bank untuk mengetahui tarikh spesifik pembayaran mereka.
Pembayaran STR fasa 3 ini dijadualkan untuk disalurkan secara berkala, memberi masa kepada penerima untuk mengurus kewangan mereka dengan lebih baik. Berikut adalah jadual bayaran STR fasa 3 mengikut senarai bank :
- Bank Simpanan Nasional (BSN) : 11 Ogos 2025
- Bank rakyat : 12 Ogos 2025
- CIMB Bank : 12 Ogos 2025
- Hong Leong Bank : 12 Ogos 2025
- MayBank :12 Ogos 2025
- Muamalat Bank : 12 Ogos 2025
- RHB Bank : 12 Ogos 2025
- Bank-bank lain : 12 Ogos 2025.
Untuk memastikan penerimaan bayaran STR fasa 3, adalah penting bagi penerima untuk mengikuti beberapa langkah. Pertama, pastikan maklumat perbankan anda adalah tepat dan terkini.
Selain itu, sentiasa menyemak kemas kini di laman web rasmi yang berkaitan agar tidak terlepas sebarang pembaharuan tentang jadual dan prosedur pembayaran. Untuk cek secara langsung status bayaran STR anda, sila layari laman portal rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sebagai rujukan semua.