Pakej Kita Selangor 2.0 menawarkan bantuan khas. Dari sasaran 10,197 guru yang bakal menerima manfaat ini, sebanyak 7,177 telah mengemukakan permohonan bantuan fasa pertama. Kira-kira 3,000 guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tadika) di Selangor masih belum memohon bantuan yang ditawarkan kerajaan negeri bagi meringankan beban golongan itu yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Inisiatif untuk guru dan pengusaha tadika itu terkandung dalam pelan bernilai RM551.56 juta membantu 1.6 juta penduduk terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani dan penggiat pelancongan.
KADAR BANTUAN
Guru tadika yang layak akan menerima bantuan secara one off sebanyak:
- RM150
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KHAS GURU TADIKA
Guru Tadika yang masih belum mengemukakan permohonan, sila buat permohonan fasa kedua pada:
- 15 Ogos sehingga 6 September 2021
CARA PERMOHONAN
Kepada guru tadika yang belum buat permohonan, sila layari laman web berikut untuk memohon :
- AKAN DIKEMASKINI 15 OGOS 2021
Permohonan bantuan untuk guru dan pengusaha tadika bagi fasa satu sedang diproses dan pembayaran dijangka dibuat pada bulan depan.
Add comment