PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 bilion ringgit. Salah satu bantuan yang akan diberikan ialah Pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) mengikut beberapa kadar dan kategori.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian khas BKC itu dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu, warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
BACA JUGA : MOHON INSENTIF SIP PRIHATIN 2.0 SEHINGGA RM600 KEPADA INDIVIDU YANG MENGANGGUR ATAU MENCARI PEKERJAAN
KADAR BANTUAN KHAS COVID-19
Kategori Miskin Tegar
- Isi Rumah : RM1,300
- Bujang : RM500
Kategori B40
- Isi Rumah : RM800
- Bujang : RM200
Kategori M40
- Isi Rumah : RM250
- Bujang : RM100
JADUAL PEMBAYARAN BKC
1. Kategori Miskin Tegar
Isi Rumah
RM500 : Ogos 2021
RM500 : November 2021
RM300 : Disember 2021
Bujang
RM200 : Ogos 2021
RM300 : November 2021
2. Kategori B40
Isi Rumah
RM500 : Ogos 2021
RM300 : Disember 2021
Bujang
RM200 : Ogos 2021
3. Kategori M40
Isi Rumah
RM250 : Ogos 2021
Bujang
RM100 : Ogos 2021
CARA PERMOHONAN
Untuk setakat ini, tiada sebarang makluman mengenai kaedah permohonan Bantuan Khas Covid yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.
Sebarang maklumat terbaru atau maklumat lanjut, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Add comment