Mediaklik

[TERKINI] BANTUAN TAMBAHAN PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) AKAN DISALURKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan lain-lain bentuk bantuan yang akan disalurkan kelak sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan baki RM100 bilion daripada pakej rangsangan ekonomi serta RM200 bilion dari Belanjawan 2021 yang masih belum dibelanjakan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan semasa PPN masih dalam proses perincian dan kajian yang lebih lanjut mengenai langkah seterusnya yang boleh diperkenalkan untuk membantu kelangsungan rakyat dan perniagaan dalam mendepani cabaran sepanjang bulan yang akan datang.






Beliau berkata dalam Laporan LAKSANA ke 58,

 

Tidak terpisah, saling melengkapi dan semuanya dijalankan berterusan; inilah inti pati bantuan yang telah dilaksanakan, dan yang sedang dirancang di bawah PPN.

 

PPN akan dijalankan secara berfasa dengan nilai ambang atau petunjuk utama yang perlu dicapai sebelum beralih dari satu fasa ke fasa yang seterusnya. Ini bermakna, sekiranya nilai ambang yang ditetapkan tidak dicapai, negara tidak akan bergerak ke fasa berikutnya di dalam PPN



Pihak kerajaan juga melindungi individu yang hilang pekerjaan daripada semua golongan dan juga mereka yang terjejas di dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Fasa 1, 2 dan 3. 


Selain itu, sebagai satu bentuk perlindungan daripada masalah kewangan dan aliran tunai, mereka boleh mendapatkan moratorium pinjaman automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.


Walau bagaimanapun, bantuan sedia ada akan disalurkan secara berterusan termasuklah pakej Program Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) yang diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat semasa Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

1 comment

  • Semua janji kosong akan akan akan dah sebulan lbh janji kosong, kes bunoh diri hari hari rakyat takdak duit takdak pendapatan masih lg dgn janji kosong sehingga hari ini blm byr lagi dari 1 June, yg dengar Semua akan akan akan dari Zafrul ini! kalu takmampu tunai janji jgn buat janji sebab banyak Sudah bunoh diri