KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan boleh beri bantuan tambahan kepada rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, kerajaan sedar sebahagian rakyat mengharapkan pengumuman pakej bantuan tambahan yang baharu, susulan daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
BACA JUGA : BANTUAN KEBAJIKAN KHUSUS BAGI KAUM IBU (GOLONGAN B40) SEBANYAK RM200 SEBULAN | MOHON SEKARANG!
Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata semasa temu bual dalam program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV pada Rabu.
Kerajaan cukup faham denyut nadi rakyat….bantuan masih ada kerana tidak semua peruntukan yang diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan
Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengemukakan cadangan, dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan (kepada rakyat)
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM380 bilion atau bersamaan 28 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi. Setakat ini hanya lebih daripada RM200 bilion sudah dibelanjakan dan masih terdapat baki.
Add comment