MAKLUMAT PENTING : PERUBAHAN SARA BULANAN MULAI 1 JANUARI 2026

Maklumat penting : Perubahan SARA Bulanan bagi pengesahan log masuk aplikasi Mykasih akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

MAKLUMAT PENTING BERKENAAN PERUBAHAN SARA

Bermula 1 Januari tahun 2026, kaedah pengesahan untuk log masuk aplikasi Mykasih akan beralih kepada OTP secara emel. Perlaksanaan perubahan ini adalah bagi menyediakan pengalaman log masuk dengan lebih selamat dan efisen kepada penerima.

Sumbangan Asas Rahmah tahun 2026 akan melibatkan semua kategori dari bujang, isi rumah dan warga emas berstatus B40 dan miskin tegar. Kadar bayaran adalah dari RM600 sehingga RM2,400 setahun dan jumlah ditentukan mengikut setiap kategori penerima.

Pastikan anda daftar alamat emel dalam aplikasi mykasih sebelum 31 Disember ini bagi menikmati akses tanpa sebarang gangguan. Untuk yang tidak kemaskini alamat emel, anda boleh semak baki SARA di kaunter bayaran semasa menggunakan bantuan ini.

Sebarang pertanyaan dan butiran lengkap mengenai program Sumbangan Asas Rahmah, sila kunjungi laman web rasmi kerajaan https://www.sara.gov.my/ untuk lebih info.

Leave a Comment