Mediaklik

BANTUAN KHAS SEBANYAK RM300 SECARA ‘ONE OFF’ KEPADA PARA IBU TUNGGAL SELURUH MALAYSIA


Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 lalu, Bantuan Khas Ibu Tunggal telah disalurkan sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Bagi tahun ini, pelaksanaan bantuan ini masih belum diumumkan.

Namun, anda boleh berdaftar sebagai ibu tunggal di laman web Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk mendapatkan update terkini Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).





KATEGORI PEMOHON

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), berikut merupakan definisi KPWKM dalam mengambil kira ibu tunggal:

  • Warganegara Malaysia
  • Taraf perkahwinan balu atau bercerai dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
  • Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin.
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak sah taraf) 

Oleh itu, jika seseorang wanita itu tergolong di dalam salah satu kriteria di atas, maka mereka layak dipanggil ibu tunggal dan layak untuk menerima bantuan ibu tunggal.



CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Terdapat dua kaedah dalam membuat pendaftaran ibu tunggal iaitu secara online dan manual.


Permohonan Secara Online

1. Bagi permohonan online, setiap individu boleh mendaftarkan diri dengan mengakses sistem iWanita di 

2. Bagi ibu tunggal yang berminat untuk memohon, mereka hendaklah mempunyai akaun email Gmail terlebih dahulu.



Permohonan Secara Manual

Bagi permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.



SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL

1. Sila layari laman web rasmi JPW untuk membuat semakan melalui :
2. Sila isi No. Kad Pengenalan

3. Tekan ‘Semak’



MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui jika permohonan akan dibuka semula buat tahun berikutnya beserta lain-lain aktiviti yang diadakan untuk pembangunan wanita, sila layari :

Laman web : jpw.gov.my
Laman Facebook : Jabatan Pembangunan Wanita
Emel : infojpw@jpw.gov.my

Add comment