Pihak Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun ewallet untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia kita pada hari ini.
Melalui pengumuman PEMERKASA yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin 2 hari lalu, program eBelia ini adalah merupakan salah satu program yang bakal ditambah baik daripada yang terdahulu.
BACA JUGA : BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) : SEMAKAN BAKI BAYARAN FASA 2 & FASA 3 KEPADA BUJANG/ISI RUMAH
JUMLAH BANTUAN E-WALLET
Dalam Belanjawan 2021 sebelum ini, ia telah dinaikkan kepada RM100. Manakala jumlah bantuan terkini yang diumumkan melalui PEMERKASA adalah :
- Sebanyak RM 150
TARIKH PENGKREDITAN E-WALLET
Pengkreditan e-wallet 2021 akan dilakukan bermula pada Jun ini.
GOLONGAN SASARAN E-WALLET BELIA
Program eBelia ini dikhususkan untuk 2 golongan sasaran berikut iaitu:
- Golongan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun
- Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa
Bantuan akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan RM300 juta.
CARA MOHON
- Sila muat turun aplikasi TNG e-Wallet/Boost/Grab
- Sila isi maklumat peribadi anda dengan lengkap
- Sila pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan
- Akhir sekali, sila tunggu pengkreditan e-wallet dan sekiranya anda layak pengkreditan akan dibuat ke akaun anda.
BANTUAN LAIN UNTUK GOLONGAN MUDA
Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB) akan diperluas dengan tambahan peruntukan RM10 juta dengan menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM21 juta.
Hal ini bertujuan bagi menggalakkan penyertaan anak muda bandar dalam program keusahawanan.
Add comment