Mediaklik

MOHON INSENTIF ELAUN BULANAN SEBANYAK RM200 KEPADA GOLONGAN BELIA SELURUH MALAYSIA


Kerajaan Negeri Johor dibawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) ingin menawarkan Skim Pemulaan Perniagaan (PEMULA) kepada anak muda yang berusia 15 tahun hingga 30 tahun bagi mengikuti kusus selama 6 bulan yang dijalankan bersama pihak Giatmara.

Program ini menyediakan pelbagai faedah yang akan memanfaatkan peserta program ini dan peserta akan mengikut program secara PERCUMA tajaan YPKDT. Permohonan boleh dibuat secara online sehingga 3 Februari 2022 (Khamis).







FAEDAH PROGRAM


1. Bayaran Pendaftaran akan ditanggung oleh YPKDT

2. Setiap peserta layak menerima bantuan peralatan perniagaan berdasarkan kepada kursus yang diikutu untuk tujuan memulakan perniagaan.

3. Peserta akan diberi pendedahan melalui Program Pembangunan Usahawan bagi membimbing mereka.

4. Bayaran elaun bulanan kepada peserta berjumlah RM200 dan bahan pembelajaran sepanjang tempoh kursus tersebut akan ditanggung oleh pihak Giatmara



KURSUS DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan untuk disertai adalah:


1. Senireka Gaya Rambut
  • Sekijang, Segamat
  • Simpang Renggam, Kluang


2. Teknologi Motosikal
  • Bakri, Muar
  • Bandar Kota Tinggi
  • Parit Sulong, Batu Pahat
  • Bandar Segamat
  • Sembrong, Kluang
  • Sri Gading, Batu Pahat


3. Solekan Dan Terapi Kecantikan
  • Ayer Hitam, Batu Pahat


4. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
  • Bandar Batu Pahat
  • Ledang, Tangkak
  • Pengerang, Kota Tinggi
  • Pulai, Johor Bahru
  • Tebrau, Johor Bahru

Nota : 

Proses pembelajaran dilakukan selama 6 bulan secara sepenuh masa dengan kerjasama GIATMARA.



SYARAT KELAYAKAN

1. Pemohon merupakan Bumiputera

2. Sihat tubuh badan

3. Boleh membaca, menulis dan mengira (3M)

4. Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR/PT3

5. Berumur dari 15 tahun hingga 30 tahun

6. Berimnat dalam bidang dimohon

7. Kategori berpendapatan rendah di bawah kelompok B40.

8. Menandatangani Surat Aku Janji Peserta PEMULA.

9.Borang yang tidak lengkap berserta dokumen sokongan yang diperlukan tidak akan diproses.



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang berminat dengan program ditawarkan, sila buat permohonan dengan mengisi borang permohonan PEMULA yang disediakan di pautan berikut:


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program ditawarkan, anda boleh terus hubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim Johor di talian 07 2666526.



Add comment