Kementerian Kewangan Malaysia telah melaksanakan dan memperluaskan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan untuk membantu golongan B40. Program ini diperluaskan bermula pada bulan April dan memberi sokongan kewangan kepada rakyat yang layak.
Dengan tujuan meringankan beban kewangan, inisiatif ini melibatkan penyampaian bantuan tunai kepada keluarga yang benar-benar memerlukan.
Manfaat Program SARA kepada Golongan B40
Sejak pelaksanaan program ini, jumlah penerima manfaat telah meningkat dengan ketara. Kementerian Kewangan melaporkan bahawa kadar penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah naik daripada 700,000 kepada 5.4 juta.
Kepada yang tidak tahun, pada tahun ini kadar jumlah SARA adalah sehingga RM2,100 setahun yang melibatkan kategori penerima Bujang, warga emas dan isi rumah. Bantuan disalurkan secara terus ke dalam akaun mykad setiap penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya dan kedai runcit.
Penambahan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan bantuan mencapai lebih ramai rakyat yang perlu. Penerima dalam kategori bukan miskin tegar juga kini boleh meraih manfaat daripada program ini, sekali gus memperluaskan skop sokongan daripada kerajaan.
Cara Semakan Kelayakan SARA
Bagi penerima STR yang ingin mengetahui status kelayakan mereka untuk menerima sumbangan SARA, mereka boleh membuat semakan secara langsung melalui laman rasmi kerajaan. Ini adalah langkah penting bagi memastikan bahawa semua penerima mendapat informasi tepat dan terkini mengenai bantuan yang mereka layak terima.
Dengan adanya sistem ini, kerajaan berusaha untuk memberikan layanan yang terbaik dan berkesan kepada populasi yang memerlukan. Untuk makluman umum, insentif SARA ini hanya diberikan kepada rakyat yang berstatus lulus STR sahaja tanpa memerlukan sebarang permohonan.
Untuk butiran selengkapnya, anda boleh semak di halaman utama SARA MyKasih – https://www.mykasih.com.my/ dan jika layak maklumat bayaran anda akan dipaparkan pada skrin.