Mediaklik

MOHON BANTUAN JAMINKERJA SEHINGGA RM900 SELAMA 6 BULAN | MOHON SEKARANG!


Menurut Perdana Menteri, Bajet 2022 mempunyai faktor ‘Wow’ kerana ia dirangka untuk memberi manfaat semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin tiada seorang pun tercicir daripada agenda pemulihan negara setelah mengalami kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19. 

Antara inisiatif yang diumumkan bagi memanfaatkan golongan pencari kerja adalah JaminKerja. Insentif Penggajian JaminKerja oleh PERKESO akan memberi manfaat kepada 300,000 pencari kerja pelbagai golongan. Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion di dalam Bajet 2022 untuk JaminKerja Insentif Penggajian (JKIP).






TUJUAN INSENTIF PENGGAJIAN JAMINKERJA

Tujuan pelaksanaan Insentif Penggajian JaminKerja adalah:
  • Menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan dan keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja



KADAR INSENTIF

Kadar insentif akan diberi mengikut kategori berikut:


1. Pencari Kerja/ Ganti Pekerja Asing

Kadar insentif: 20% untuk 6 bulan pertama, 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir


2. Golongan Rentan/ Wanita/ Sektor ICT/ Sektor Pelancongan

Kadar insentif: 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan pertama, 40% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir


3. Perantis

Kadar insentif: Elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan


4. Pekerja Gig

Kadar insentif: Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh 6 bulan



SYARAT KELAYAKAN

Insentif Penggajian JaminKerja akan diberikan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:


Pencari Kerja

  • Individu berumur 18 hingga 50 tahun yang tidak aktif bekerja


Ganti Pekerja Asing

  • Penggantian jawatan yang ditawarkan kepada pekerja tempatan bagi menggantikan pekerja asing & pengawal dagang
  • Tambahan 10% daripada gaji akan diberikan kepada pekerja setiap bulan bagi tempoh 12 bulan


Golongan Rentan

  • Individu/ Graduan yang menganggur melebihi 180 hari
  • Bekas Tentera
  • Orang Asli
  • Banduan/ orang yang diparoi
  • Golongan Orang Kurang Upaya yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Peserta Program RTW PERKESO
  • Pekerja berumur 50 tahun dan ke atas


Wanita

  • Golongan wanita yang tidak bekerja melebihi 365 hari termasuk career break
  • Ibu tunggal/ suri rumah
  • Termasuk tawaran kerja secara fleksibel


Sektor Utama

  • Digital Skills Related (ICT)
  • Sektor Pelancongan


Perantis

  • Lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun
  • Tawaran pekerjaan adalah untuk jenis jawatan Eksekutif
  • Diploma dan ke atas sahaja


Pekerja Gig

Melibatkan pencari kerja daripada kategori:

  • Orang yang kehilangan pekerjaan
  • Golongan rentan seperti miskin termasuk senarai individu berdaftar dengan eKasih
  • Pekerja yang ditimpa cuti tanpa gaji
  • Individu/ Graduan yang menganggur melebihi 30 hari
  • Golongan suri rumah dan berpendapatan rendah

Tambahan RM200 sebulan disediakan jika pekerja gig dapat menerima hasil yang lebih daripada RM2,500 sebulan ataupun bekerja lebih daripada 120 jam.



CARA PERMOHONAN

Program JaminKerja kini dibuka mulai 17 Januari 2022. Majikan yang telah membuat pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022 boleh membuat permohonan di laman berikut:


Sebarang maklumat lanjut atau sebarang makluman akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Add comment