INISIATIF MYSALAM : BANTUAN RM700 SETAHUN UNTUK GOLONGAN B40
Untuk sedia maklum, kerajaan Malaysia telah melancarkan inisiatif Mysalam yang menawarkan skim perlindungan takaful percuma kepada rakyat terutamanya golongan B40. Program ini bertujuan untuk memberikan insentif kewangan kepada mereka yang memerlukan bantuan, mengurangkan bebanan kos perubatan dan melindungi mereka dalam situasi tidak terduga.
Manfaat Program Mysalam
Program Mysalam menyediakan bantuan insentif sehingga RM700 setahun untuk setiap individu yang layak. Ini menjadikannya satu sumber kewangan yang penting bagi golongan B40 dan berpendapatan rendah.
Di bawah skim perlindungan MySalam ini, setiap individu boleh membuat tuntutan bantuan RM50 sehari untuk kos rawatan hospital. Maksimum hari yang boleh dituntut adalah sehingga 14 hari (dalam setahun) dengan jumlah RM700 sebagai gantian pendapatan.
Dengan segala keperluan perubatan yang semakin meningkat, Mysalam memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa setiap individu mempunyai akses kepada perawatan yang diperlukan tanpa perlu bimbang tentang kos.
Sambutan yang bagus dan atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap inisiatif ini telah membawa kepada pelaksanaan program Mysalam sehingga tahun 2025. Kerajaan berkomitmen untuk memastikan bahawa setiap individu dari golongan B40 dapat memanfaatkan program ini sehingga tempoh tersebut.
Adalah penting bagi masyarakat Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan peka terhadap peluang yang ditawarkan oleh skim perlindungan ini, serta mendaftar bagi mendapatkan manfaat yang disediakan.
Syarat Layak Tuntut Bantuan MySalam RM700
Bagi pengetahuan umum, skim mysalam ini diberikan secara automatik kepada rakyat Malaysia tanpa perlu kemukakan permohonan. Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Penerima bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Golongan B40 dan M40.
Antara manfaat yang boleh didapatkan dalam skim bantuan mysalam ini adalah seperti berikut :
- Hospitalisasi : Bantuan RM50 sehari (maksimum RM700 setahun) bagi individu yang dimasukkan ke dalam wad hospital kerajaan sebagai pengganti pendapatan (gaji)
- Penyakit kritikal : Bagi individu yang menghidapi penyakit kronik layak menerima insentif bantuan one-off seumur hidup berjumlah RM8,000.
Kemudahan seperti skim ini sangat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutama golongan memerlukan. Untuk semak kelayakan anda dan butiran lengkap, sila rujuk pada laman rasmi – MySalam 2025
LEBIH MAKLUMAT
Sepanjang tahun ini kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan pelbagai kemudahan dan bantuan bagi membantu mengurangkan beban rakyat. Untuk lebih maklumat, anda boleh cek senarai bantuan yang disediakan – klik disini sebagai rujukan awam.