Bantuan SARA Untuk B40 -Bermula April Sehingga Disember 2025

Follow the Info Bantuan kerajaan 2025 channel on WhatsApp

Bantuan SARA Untuk B40 – Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Sesi 2 mulai April sehingga Disember 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan, terutamanya dalam kategori bukan miskin dan B40.

Ini merupakan satu langkah yang positif bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat dalam negara Malaysia.

BANTUAN SARA UNTUK B40

Pihak kerajaan telah memaklumkan pemberian inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) bagi sesi kedua ini akan memberi manfaat kepada 5.4 juta rakyat. Lebih menarik adalah bukan sahaja golongan miskin tegar, penerima STR yang berstatus bukan miskin dan B40 juga akan menerima manfaat SARA.

Dalam Sesi 2 ini, kadar bayaran bulanan bagi SARA adalah antara RM50 hingga RM200. Pembayaran ini bertujuan untuk menyokong kehidupan harian individu dan keluarga yang memerlukan.

Pihak Kementerian telah membuat penilaian menyeluruh untuk memastikan bantuan ini disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, termasuk mereka dari kategori bukan miskin yang juga terkesan akibat keadaan semasa.

Proses pengkreditan bantuan SARA adalah amat mudah dan akan dilakukan secara automatik. Pembayaran akan disalurkan terus ke dalam MyKad penerima, memastikan aksesibiliti dan keselesaan bagi semua penerima.

Dengan langkah ini, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengambil manfaat daripada program ini tanpa melalui proses permohonan yang rumit. Amaun yang dikreditkan setiap bulan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA UNTUK SETIAP KATEGORI

Kepada yang terlepas pandang, berikut adalah jumlah bayaran SARA yang disalurkan setiap bulan bermula April sehingga Disember mengikut kelayakan kategori :

  • Berkeluarga / Isi rumah : RM200 sebulan (STR & Ekasih)
  • Berkeluarga / isi rumah : RM100 sebulan (STR sahaja)
  • Warga emas tiada pasangan : RM100 (STR & Ekasih)
  • Warga emas tiada pasangan : RM50 (STR sahaja)
  • Bujang : RM50 (STR & Ekasih).

Nota : Jika anda merupakan penerima STR 2025, semakan status kelayakan penerima insentif tambahan ini boleh disemak secara online. Untuk butiran lengkap dan panduan cek status sila layari laman web rasmi – MyKasih 2025

LEBIH MAKLUMAT

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan bermacam jenis kemudahan dan insentif bantuan bagi meringankan kos sara hidup golongan memerlukan. Untuk lebih maklumat anda boleh rujuk SENARAI BANTUAN yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan.

Leave a Comment